Isu Fitna:Kemana ‘Pak Hadhari’ Menghilang?

Masihkah kalian ingat berkaitan isu Fitna yang kian menjadi faktor kebangkitan umat Islam seluruh pelusuk dunia ?Jika difikirkan kembali, apakah sudah terjadi dengan isu itu?berlalu bagaikan hembusan angin.

Kita, sebagai umat Islam telah melakukan pelbagai cara untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati serta menunjukkan rasa penentangan secara berjemaah. Antara yang menjadi pilihan kita untuk dilakukan adalah memboikot 30 produk keluaran Belanda, menghantar surat bantahan, mengadakan tunjuk perasaan serta pelbagai lagi.

Ternyata kumpulan ’suara besar’ dapat dikumpulkan untuk menunjukkan bahawa ‘kita’ ada disini untuk mempertahankan hak kita terhadap perkara biadab sedemikian.Pelbagai pihak telah terlibat secara langsung mahupun sebaliknya.Ribuan terima-kasih kepada pihak-pihak yang berusaha melakukannya sama ada melalui media massa ataupun sebaliknya.

Namun.

Saya kehairanan kerana tidak pula keluar penyataaan atau kenyataan dari ‘Ayah Hadhari’ kita. Kemana beliau menghilang tanpa sempat mengeluarkan sebarang tindakan yang menjurus kepada penyokongan terhadap perbuatan umat Islam disebabkan video pendek itu ?

Adakah beliau melakukannya demi sesuatu perkara ataupun apa?

Wajarlah seorang pemimpian menyokong tindakan rakyatnya tambahan pula ia berkaitan dengan agama pegangannya.

Kenapa, kenapa, dan kenapa ?

Tepuk dahi tanyalah iman.

1 Response so far »

  1. 1

    munirah said,

    May 9, 2008 @ 4:25 pm

    a’ah la..bru prasan dye xkomen ape2 pn..
    kite je yg sbk nk boikot..
    dye senyp sepi..huhu

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words