Kenaikan Harga Barang:Makan Ubi Kayu Je laaa

Pembangunan yang kian memuncak semenjak kebelakangan ini telah memanipulasikan pelbagai faktor, ini terjadi disebabkan peningkatan taraf hidup serta keperluan yang tidak berasas untuk ditunaikan contohnya adakah kerana Malaysia perlu berada sebaris dengan negara maju yang lain telah menyebabkan Malaysia perlu mengikuti jejak langkah negara-negara maju?

Antara agenda yang difikirkan tidak bersesuaian walaupun negara kita perlu sebaris dengan negara maju.

  • Kenaikan harga barang sebaris kenaikan harga barang sedunia (contohnya beras)

Cuba fikirkan, kemana beras kita?kenapa perlu ada beras import?beras tempatan tidak baikkah?Kemajuan teknologi di negara kita wajar diberi penghormatan disebabkan kemajuan yang kian memberangsangkan.Pelbagai kemudahan dan keperluan rakyat semakin hari semakin menjadi kenyataan, namun berbalik kepada isu beras, mengapa kita tidak mampu membuat beras untuk kita sendiri?mengapa perlu import?mengapa tiada pihak melakukan kajian atau pembaharuan terhadap bearas di Malaysia?Sedangkan ayam boleh diubah genatiknya kenapa tidak beras?Perkara sebegini telah menyebabkan pembaharuan kenaikan harga barang kearah yang lebig merisaukan.

  • Isu minyak, mengapa perlu eksport minyak kita ?

MInyak di negara kita ini boleh dikelaskan antara yang tebalik disebabkan kualitinya. Merata tempat telah dikorek untuk mendapatkan hasilnya namun mengapa perlu di eksport ? sedangkan kita perlu guna yang di import? Sudahlah harta rakyat diambil walaupun untuk kepentingan bersama, wajarlah rakyat di negeri itu mendapatkan hak merekaSedikit sebanyak perkara sebegini mampu mempengaruhi keperluan harian rakyat.

  • Mengapa kita perlukan pertolongan negara luar berkaitan isu air?

Malaysia telah berjaya menghantar angkasawan ke angkasa serta berjaya berada di ISS untuk satu jangka masa yang boleh dibanggakan. Berbalik kepada tajuk diatas, mengapa Malaysia memerlukan pertolongan negara jiran berkaitan isu air?Adakah kita tidak mampu memprosesnya?Mustahil jika difikirkan kembalik, mengapa tidaknya, Malaysia berjaya menghantar angkasawan dengan menelan kos yang tinggi tetapi tidak mampu membuat sesuatu sedangkan mengharapkan pertolongan orang lain.Sedarkah kita bahawa kerajaan perlu membayar dengan kadar yang tidak sepatutnya sedangkan air itu berasal dari negara kita sendiri.Ini sedikit sebanyak akan menjadi penyumbang kepada kenaikan harga keperluan rakyat.

  • Pembangunan yang semakin menjadi-jadi.

Jika difikirkan secara kasar, pembagunan ini penting untuk rakyat seiring kehendak semasa.Namun jika difikirkan secara logiknya, banyak tempat terpaksa diterokai demi melakukan pembangunan sebegini contohnya petak sawah terpaksa digunakan untuk membuat projek perumahan misalnya.Perkara sebegini akan mempengaruhi kadar pengeluaran beras negara dan akan mengakibatkan peningkatan harga serta berlaku kesan rumah hijau.

Fikirlah, fikirlah, fikirlah apa yang terbaik untuk dilakukan sementara ia masih diperingkat normal ini.

Say your words