Posts tagged 25

25 Jam Sehari:Penyelidik Ramal Waktu Berubah

Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa tempoh 24 jam sehari berkemungkinan menjadi 25 jam pada masa depan berikutan waktu siang yang kian panjang akibat kadar putaran bumi yang semakin perlahan.

Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung memetik edisi terbaru Journal Fot The History of Astronomy melaporkan, bagi kebanyakan kita, masa siang yang panjang merujuk kepada peningkatan hari di hemisfera utara pada musim panas berbanding musim sejuk.

Namun, kalangan geosaintis mendakwa kajian menunjukkan tempoh hari siang yang panjang turut membabitkan musim lain termasuk musim bunga.

“Perkembangan itu boleh dikaitkan kepada asasnya iaitu bumi dan bulan. Sepanjang sejarah kewujudan manusia, putaran bumi kini semakin perlahan,” kata penyelidik Universiti Durham, Richad Stephenson.

“Graviti dari bulan mewujudkan gelombang kekal di lautan dan di perut bumi. Ini sekali gus memperlahankan pergerakan bumi.”

Stephenson yang juga ahli astronomi Britain dapat membuktikan yang putaran bumi perlahan sejak 700 tahun sebelum Masihi.

Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)

“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

Leave a comment »