Pembanggunan yang pesat seiring peredaran zaman yang menjurus kepada aliran globalisasi kini sedikit sebanyak menyumbang kepada pelbagaian perubahan dari segi luaran mahupun dalaman.Oleh disebabkan peredaran zaman yang kian diikuti oleh pelbagai pihak bagi mendapatkan sesuatu yang tebaik, pelbagai sektor telah terlibat bagi ‘mengutip’ kelebihan-kelebihan perdaran zaman ini.Pelbagai perubahan telah dilakukan dari masa-semasa demi memuaskan hati pihak ketiga.
Tetapi.
Bukan semua perubahan yang dilakukan mendatangkan kesan yang baik dimana menjadi pnyumbang kepada peningkatan modal insan. Antara yang menjadi perubahan ialah pecambahan hiburan berbanding slot agama dia media massa. Memang tidak dapat dinafikan, sebagai pemimpin, kita perlulah bersikap adil kepada semua pihak kerana di bumi Malaysia ini terdapat pelbagai kaum yang hidup secara harmoni.
Ketidakpuasan hati ini terpaksa saya utarakan.
Akademi al-Qur’an misalnya, ia bagus dan memang sesuai bagi dipertontonkan pada akhir zaman ini.Tetapi apa yang menjadi tanda tanya, mengapakah habuan pemenang Akademi al-Qur’an ini telalu sedikit berbanding slot rancangan lain ?Ini kerana jika pemenang slot hiburan lain misalnya, pemenang akan mendapat kereta mewah, brangan kemas, rumah idaman dan pelbagai lagi tetapi apakah yang pemenang Akademi al-Qur’an peroleh setelah menjadi juara ?
Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)
“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

