Posts tagged apa nak jadi

The Life of Muhammad:Mereka Semakin Berani

Muhammad- His Life and Prophecy

Satu lagi filem anti-islam keluaran ‘Belanda’ dihasilkan walaupun kencaman hebat ke atas filem pendek ‘Fitna’ masih belum reda. Keberanian yang tidak bertempat ini memaparkan penghinaan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Filem ini yang sepatutnya dipertontonkan kepada orang ramai pada 20 April lalu ditarik balik tayangannya oleh penerbitnya sendiri di atas sebab-sebab tertentu.

Penerbit bagi filem pendek ini merupakan seorang Muslim yang murtad bernama Ehsan Jami telah membuat pra-tonton di satu saluran tv di Belanda. Filemnya yang berkisar tentang penghinaan terhadap Rasulullah berkaitan kehidupan seks Baginda, filem ini diterbitkan dalam bentuk animasi.

Jami, yang berasal dari Iran sebelum murtad, memberitahu program televisyen Netwrek TV yang dia memutuskan tidak mengeluarkan filem animasi berkenaan selepas diingatkan oleh Menteri Kehakiman Ernst Hirsch Ballin akan kesan sekiranya filem itu dipertontonkan.

Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)

“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

Comments (1) »