Fenomena membuang bayi pada zaman berstatus globalisasi kini boleh dianggap lumrah kehidupan. Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini merupakan jalan terakhir bagi pasangan ‘kekasih’ untuk mengelak dari sebarang permasalahan yang lain dari timbul.
Baru-baru ini gempar seluruh Malaysia penemuan mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di stesen bas berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Ibu negara.
Kemanakah hilangnya sikap kemanusiaan di kalangan ‘manusia-manusia’ ini?
Bayi merupakan satu amanah Tuhan yang diturunkan bagi menguji tahap keimanan seseorang selain dari menguji tahap kesabaran.Tindakan sedemikian sungguh tidak boleh diterima akal sedangkan ‘haiwan’ pun tidak membuang anak-anaknya.

Beginikah perbuatan seorang insan bergelar manusia ?
Sungguh tidak wajar tindakan membuang bayi ini, kemanakah hilangnya ilmu-ilmu yang diajar tika di bangku sekolah? adakah ‘mereka’ hanya mempelajari pelbagai jenis ilmu hanya untuk memenuhi syarat-syarat tertentu? Kemanakah kita tika mereka menjadi sebegini?
Walaupun mereka melakukan perkara sebegini yang boleh dianggap kejam namun negara kita tidak menggunakan undang-undang Islam ( hudud ) yang membolehkan mereka dihukum terus, oleh hal yang demikian wajarlah bagi kita menolong sikit sebanyak bagi meringankan bebanan dan tekanan mereka ini seperti menyediakan hikmat bimbingan ataupun rumah kebajikan bagi ‘pembawa bayi’ ini.
Kemanakah ibu bapa dikala mereka memerlukan? Ada diantara bapa bagi gadis malang ini memukul anak mereka hingga separuh sedar, ada juga menghalau mereka keluar rumah, dan ada juga yang menyuruh anak mereka mengugurkan kandungan itu.Ibu-bapa seharusnya ingat, anak merupakan pemberian ‘amanah’ Tuhan kepada seseorang.Tidak wajarlah bagi ibu-bapa melakukan perkara sedemikian rupa hanya kerana ‘geram’.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”
Seharusnya ibu-bapa perlu menjadi ‘batu penghalang’ bagi anak-anak mereka dari melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Berdoalah semoga diberi pembaharuan yang baru
Didikan di rumah yang sempurna merupakan salah satu langkah selain menghantar ke kelas fardu ain.Namun diingatkan, semua ini perlu dilakukan dengan pengawasan ibu-bapa.Jadikan rumah sebagai ’syurga’ bagi anak-anak jangan jadikan rumah sebaliknya kerana ia dapat mempengaruhi sikap anak-anak mereka.
Ingatlah, ingatlah, ingatlah !!!
Jangan lakukan sesuatu berlandaskan nafsu. Bak kata orang ‘ikut kata rosak ikut nafsu binasa’.Kita wajar mendengar nasihat orang ramai dan lakukan berdasarkan ‘panduan’ yang ditinggalkan oleh Nabi kita iaitu Hadis dan Al-Quran. Ingatlah anak merupakan amanah Tuhan kepada kita dan bersyukurlah dengan pemberian itu kerana bukan semua manusia boleh melahirkan anak.
Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)
“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”


