Mereka yang terlalu banyak mengirim Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mail disifatkan mengalami ‘ ketagihan ‘ dan dianggap sebagai petanda mengalami sejenis masalah mental, dakwa seorang penyelidik dan pakar psikologi Amerika Syarikat.
Dr Jerald Block dalam rencana edisi terbaru American Journal of Psychiatry melaporkan, antara simptom atau gejala masalah itu adalah membuka komputer sejurus tiba di rumah atau sering kali memeriksa telefon bimbit masing-masing yang turut mencetuskanrasa gelisah.
“Ada empat gejala masalah mental sedemikian iaitu berasa kecewa apabila apabila komputer tidak dapat dihidupkan, sering merungut dan mahukan peralatan lebih canggih, mahukan lebih banyak masa menggunkan komputer serta berdepan persaan negatif ketagihan itu.
Dr Block berkata, biarpun SMS tidak berkaitan dengan internet, tetapi ia mewakili satu cara pesanan ringkas dan pantas yang layak disenaraikan sebagai ‘ ketagihan ‘.
Faktor utama beliau mengaitkannya adalah peranan SMS sebagai penyebab nahas jalan raya apabila individu terbabit sering melihat gajet itu. Ia berlaku apabila ketagihan mereka terhadap cara komunikasi itu mencetuskan masalah.
Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)
“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

