April 1, 2008
· Filed under fact · Tagged hotdog, important, issue

Ramai diantara kita acap kali menjamah sosej pada awal waktu. Mereka tidak menyedari kesan dari pemakanan harian kita itu. Kisah lalu diperingatkan, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu peristiwa dimana pembongkaran langkah-langkah penyediaan sosej yang ada kaitan dengan babi. Setelah kisah itu ‘ ditamatkan ‘, rakyat Malaysia kembali seperti dahulu, iaitu makan kembali sosej.
Fahami kisah ini.
Yayasan Tabung Penyelidikan Barah Sedunia ( WCRF) memberi amaran bahawa amalan memakan satu sosej atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usu sebanyak 20 peratus.
Akhbar Daily Mail melaporkan, amaran itu membabitkan pengambilan kira-kira 50 gram daging diproses, setiap hari. Orang ramai sememangnya dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses.
“Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lain,” kata Prof Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.
Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang menghadapi barah usu dan kira-kira 16,000 orang mati akibatnya, setahun.
Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)
“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”
March 31, 2008
· Filed under religions talk · Tagged fitna, hot issue, important

Kegigihan dalam ‘ menjatuhkan ‘ Islam oleh golongan anti-islam ( laknatullah) pada penghujung zaman ini kian meruncing umpama ‘ cendawan tumbuh selepas hujan ‘. Atas nama kebebasan bersuara, golongan ini ‘ sesuka hati membuta tuli ‘ mengekspresi kritikan dan kutukan secara ‘ terbuka ‘ terhadap Islam terutama terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan al-Quran al-Karim biarpun dikecam hebat oleh penduduk dunia.
Filem pendek ‘ Fitna ‘ antara contoh terkini yg diterbitkan oleh ahli parlimen Belanda, Geert Wilder ( laknatullah). Filem 15 minit ini yang dilancarkan pada Khamis lalu mengutuk 4 ayat di dalam al-Quran yang kononnya pada dakwaan Wilder membawa kepada keganasan. Filem ini disiarkan di internet tetapi ditarik balik oleh LiveLeak.com pada Jumaat lalu.
Geert Wilder juga merupakan pemimpin parti Kebebasan di Belanda telah ‘ membawa masuk ‘ hasil karya kartunis Denmark iaitu Kurt Westergaard yang melukis lakaran menghina Rasullulah S.A.W serta gambar penyanyi rap Belanda-Magribi, Salah Edin. Gambar penyanyi ini digunakan oleh Geert Wilder untuk memaparkan pembunuh pengeluar filem Belanda, Theo van Gogh yang juga menghasilkan filem anti-islam. Hasil dari tindakan ‘ kurang cerdik ‘nya itu telah menyebabkan banyak pihak berpakat untuk memboikot hasil pengeluaran dari negara itu.
Filem ‘ Fitna ‘ ini juga menyelitkan imej serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 denagn beberapa petikan ayat Al-Quran.
Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)
“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”