Posts tagged issue

SMS, E-mel:Penyakit Baru di Kalangan Kita


Mereka yang terlalu banyak mengirim Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mail disifatkan mengalami ‘ ketagihan ‘ dan dianggap sebagai petanda mengalami sejenis masalah mental, dakwa seorang penyelidik dan pakar psikologi Amerika Syarikat.

Dr Jerald Block dalam rencana edisi terbaru American Journal of Psychiatry melaporkan, antara simptom atau gejala masalah itu adalah membuka komputer sejurus tiba di rumah atau sering kali memeriksa telefon bimbit masing-masing yang turut mencetuskanrasa gelisah.

“Ada empat gejala masalah mental sedemikian iaitu berasa kecewa apabila apabila komputer tidak dapat dihidupkan, sering merungut dan mahukan peralatan lebih canggih, mahukan lebih banyak masa menggunkan komputer serta berdepan persaan negatif ketagihan itu.

Dr Block berkata, biarpun SMS tidak berkaitan dengan internet, tetapi ia mewakili satu cara pesanan ringkas dan pantas yang layak disenaraikan sebagai ‘ ketagihan ‘.

Faktor utama beliau mengaitkannya adalah peranan SMS sebagai penyebab nahas jalan raya apabila individu terbabit sering melihat gajet itu. Ia berlaku apabila ketagihan mereka terhadap cara komunikasi itu mencetuskan masalah.

Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)

“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

Leave a comment »

HotDog:Gilirannya Menjadi Mangsa

Hotdog

Ramai diantara kita acap kali menjamah sosej pada awal waktu. Mereka tidak menyedari kesan dari pemakanan harian kita itu. Kisah lalu diperingatkan, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu peristiwa dimana pembongkaran langkah-langkah penyediaan sosej yang ada kaitan dengan babi. Setelah kisah itu ‘ ditamatkan ‘, rakyat Malaysia kembali seperti dahulu, iaitu makan kembali sosej.

Fahami kisah ini.

Yayasan Tabung Penyelidikan Barah Sedunia ( WCRF) memberi amaran bahawa amalan memakan satu sosej atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usu sebanyak 20 peratus.

Akhbar Daily Mail melaporkan, amaran itu membabitkan pengambilan kira-kira 50 gram daging diproses, setiap hari. Orang ramai sememangnya dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses.

“Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lain,” kata Prof Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang menghadapi barah usu dan kira-kira 16,000 orang mati akibatnya, setahun.

Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)

“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

Leave a comment »

Murtad:Isu Lama yang Wajib Dititik Beratkan

Murtad, merupakan isu ‘ penting ‘ yang kian dilupai. Kemanakah pihak berwajib ?. Adakah kita sebagai saudara seagama hanya mampu menyelak dada akhbar membaca dan’ membuta tuli ‘ menuding jari pada pihak tertentu. Apakah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama ?

Berbalik pada kisah terdahulu.

Kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin denagn Mansor Adabi talah dipaksa oleh kedua orang tuanya keluar dari Islam ‘ murtad ‘.Keperihatinan seluruh masyarakat beragama Islam di Tanah Melayu ketika itu untuk berjalan kaki dan berbasikal bagi mengumpul sejumlah besar ‘ suara-suara ‘ untuk berdemontrasi di Singapura untuk membantah & mempertahankan aqidah SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sidikitpun memikirkan perasan takut untuk berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British dan rintangan yang dihadapi.

Kemanakah kita ketika ini ?

Umat Islam kini terlalu lemah dan dayus untuk bertindak dan hanya mampu melihat tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 dan 250,000 kes yang telah pun murtad ‘ tanpa paksaan ‘ dan hanya menanti untuk didaftarkan ‘ agama baru mereka ‘ di Pejabat Pendaftaran Negara.

Comments (1) »

Telefon Bimbit:Lebih Bahaya dari Rokok ?

phone

Satu kajian di ibu kota London iaitu Paris yang dialakukan oleh pakar barah terkemuka merumuskan penggunaan telefon bimbit boleh membunuh lebih ramai orang berbanding merokok atau asbestos.

Penyelidikan yang dilakukan pleh Profesor Vini Khurana membuat satu huraian di mana adalah petanda paling membimbangkan pernah disiarkan mengenai risiko kesihatan.

Ia menggariskan bukti yang semakin bertambah – secara eksklusifnya dilaporkan dalam jurnal IoS Oktober lalu, bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh menggandakan risiko barah otak.

Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)

“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

Leave a comment »