JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.
Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.
Terdahulu, klip video yang dihasilkan oleh ahli parlimen Belanda Geert Wilder berkaitan penghinaan Islam melalui filem pendek telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dan telah menjadikan 30 produk keluaran negara kincir angin menjadi mangsa pemboikotan.
Ashraf Abdul Rahman (epal yg manis)
“Kekosongan Kibiadaban diisi Kemanisan Iman, monologlah kalian”

