Umum-Kesabaran yang Teruji

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

Pembuka bicara di awalikan dengan khabar duka kebangkitan kehinaan yang kerap berlaku zaman ini. Apakah reaksi kita selaku umat islam ?, adakah sekadar beristifar ?

http://beritamuslim.wordpress.com/

Inilah blog yang baru pokokepal perolehi dari sumber yang sahih. Kewajaran jihad atas nama Islam wajar dilakukan rasaku.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Leave a comment »

Islam : Tentangan yg Bakal Dihadapi

Assalamualaikum.

Saya selaku penulis blog https://pokokepal.wordpress.com mengambil kesempatan mengutarakan satu permasalahan yang diungkap kembali oleh negara Barat lalu, kini peranannya diambil oleh Kurt Westergaard dikhabarkan dari Norway. Penulis bagi blog http://bibelen.blogspot.com/2005/12/drawings-of-mohammed.html ini sememangnya mencabar kita selaku umat islam kerana menyebarkan  fitnah, kutukan serta perasaan tidak menghormati agama lain.

Jika tahun sebelum ini dunia dikejutkankan dengan adegan filem pendek ” Fitna “, kini ia lebih menjuruskan kepada illutrasi. Gambaran seorang lelaki beserbankan bom serta dikelilingi 2 orang wanita menhiasinya. Mengapa  perkara sedimiak boleh berlaku ?. Sudahlah isu mahkamah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di negara ini masih pedas kedengaran, perkara sedimikian pula yang berlaku ?

Saya selaku penulis blog wilayah utara ingin mengutarakan kebimbangan sekiranya perkara sedemikian berlaku berleluasa, adakah peristiwa 13 Mei akan berulang melibatkan kaum yang lain ataupun peperangan besar akan tercetus ?. Persoalan kedua, apakah perkara sedemikian tidak akan tercetusnya pemberontakkan oleh umat islam dunia dan apakah kesan dari itu ?. Persoalan terakhir, apakah peranan media elektronik pada zaman kini yang amat berleluasa hinggakan perkara sedemikian tidaklah ditapis untuk mengetahuan umum ?.

Pelbagai tindakan wajar diambil oleh kita khususnya media massa, antaranya memperbanyakkan slot-slot perbahasan bebas antara agama belibatkan isu-isu panas. Ini bagi memastikan perkara sedimikian dapat difahami dengan lebih faish oleh penonton bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. ” The Messiah in Islamic Perspektif ” contohnya adalah salah satu contoh oleh pihak luar yang ingin membetulkan persafahaman masyarakat di tempatnya itu memandangkan kini timbulnya pelbagai andaian berkaitan perkara itu.

Peranan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar sejak dibanku sekolah berkaitan salsiah serta kefahaman yang utuh mampu menghindari perkara sedemikian ini merupakan beberapa langkah yang positif yang perlu diambil. Kemelut ini mudah ditangani sekiranya pelbagai usaha diambil antaranya memperbanyakkan kempen kesedaran agama di institusi-institusi pengajian.

Semoga pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan e-mail yang dihantar oleh pihak saya ini.

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan KEISLAMANNYA dengan sebaik-baiknya (serta dengan IKHLAS) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

Riwayat Bukhari

Ingatlah, demi agama kita bangun demi agama kita mati.

Saya berharap sangat pihak tuan dapat membantu bagi menangkap manusia laknatullah ini.

Sebarang tindakan tuan saya akhiri dengan ribuan terima-kasih.


Yang benar,


……………………………..

(Ashraf A. Rahman)

Comments (3) »

Ener-G:Kini, Semua Boleh Menikmati Rahsia Purba

Pengenalan
Kalung Ener-G Rafa dihasilkan dengan penggabungan lebih dari 30 jenis mineral 100% semulajadi. Dengan menggunakan teknologi dari Korea, ianya dipanaskan sehingga 1,600 °C disusuli dengan proses penyejukkan yang perlahan. Kalung Ener-G Rafa berkemampuan membebaskan Infra Merah Jauh (FIR) dan mengandungi 2000 ion negatif per cm³. Struktur dalaman unik Kalung Ener-G Rafa mampu mengumpul, memfokus dan membebaskan tenaga bagi mengimbangkan fizikal, mental, dan kerohanian.

Read the rest of this entry »

Comments (1) »

Iman : Kuburku di Mana ?

Di karang sewaktuku berada di Hotel Asiana Langkawi 03/08/09 jam 1:20 pagi.
Dasar peradaban manusia yang acap kali alpa asal usulnya. Usah dibilang mengapa ia diungkapkan sebegini. Tepuk dada tanyalah iman bila dikehendakkan untuk menjawab soalan sebegini.

1. Berapa peratuskah keimanan dalam diri anda ?

2. Siapakah Rasul anda dan apakah pengorbanannya ?

3. Adakah anda jujur dalam mengerjakan solat anda ?

4. Siapakah yang dikatakan gila ketika mengatakan berita dari Kitab suci ?

5. Apakah janjimu sentiasa dipenuhi ?
Jika ya, jawablah soalan ini pula. Apakah janji yang dipenuhi itu adalah janjimu pada Tuhanmu ?

6. Mengapa anda berani mengambil sebarang amanah tanpa memikirkan kesan dan akibat di hari pertemuan di Padang Pengimbangan ?

7. Mengapa wanita zaman kini tidak seperti dulu ?
Jika jawapan anda berkaitan dengan peredaran zaman, jawab soalan ini pula. Adakah dosa dan pahala ditentukan mengikut peredaran masa juga ?

Jika anda dapat menjawab semua soalan dengan jayanya dan anda pasti itu jawapan terbaik anda maka jawablah soalan ini pula.

SIAPAKAH ANDA UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN DI ATAS ?!
ADAKAH ANDA CUKUP SEMPURNA DAN BERILMU UNTUK MENENTUKANNYA ?!
INGATLAH !
SESEMPURNA RASUL JUNJUNGAN SEKALIPUN BAGINDA TIDAK BERANI BERBICARA SUKA HATI.
ADAKAH ANDA CUKUP SEMPURNA ?!

Yang masih mencari,

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
( Ashraf Bin Abdul Rahman )
a.k.a ATS’s ESQ Ways 165

Comments (3) »

Mohon Al-Fatihah Seketika

Assalamualaikum w.b.t.

Khabar sedih diiringiku bersama teman seperjuangan Abg Taqiyuddin pada tarikh hitam 25/1/09 iaitu hari ini. Punca kemanjaan dan keikhlasan kasih sayang tidak akan terhenti andai perkara sebegini tidak ada waktu dan ketikanya.

Andaiku punya  kuasa.

Takziah buat keluarga Abg Taqiyuddin di atas kematian datuk kesayangannya ke Rahmatullah pada 25/01/09 pada jam 10 pagi ini.

Mohon disusun ribuan doa andai tidak bermaya memberi apa-apa. Harapan menggunung Arwah ditempatkan dikalangan orang yang dilempahkan nikmat akhirat yakni tempat orang yang soleh.

Al-Fatihah.

Ashraf bin Abdul Rahman

” sedih terpaku dalam benak pemikiran “

Comments (2) »

Renungan:Bila Aku Menangis

Dipetik dari halaman yang tidak pasti sebab dah lupa. Maaf ye…

Menangis adalah aktifitas fisik manusia. Bahkan sebelum dapat melakukan apa-apa, manusia sudah pandai menangis. Sebaliknya, aku belum pernah tahu ada makhluk lain yang bisa menangis. Menangis adalah akibat. Bukan sebab. Orang yang terlalu sedih akan menangis. Terlalu bahagia juga bisa menangis. Bayi yang ngompol akan menangis. Anak kecil diganggu temannya juga akan menangis. Seorang remaja putus cinta akan menangis. Seorang guru yang menghadapi murid yang sebegitu bebalnya, mungkin juga menangis. Orang tua yang ditinggal mati orang-orang terdekatnya juga akan menangis. Menangis adalah aktifitas semua manusia dan semua umur. Cuma, semakin berumur seseorang, semakin jarang ia menangis. Setelah mati, ia akan berhenti menangis. Kalau ada menangis dalam kubur, itu bohong. Kalau pun tidak bohong, itu menangis yang berbeda dengan apa yang sedang kita bahas.
Read the rest of this entry »

Comments (1) »

AWASI BLOG INI:http://adibahahmad.blogspot.com/

Kenyataan Media

Artikel ini telah disiarkan di siaran utama Tv3 dan Tv9 pada Jumaat dan Sabtu, 26, 27 Disember 2008 dengan tajuk yang baru, Blog anti-Islam:Sila ambil peduli.

Assalamualaikum.

Kegigihan dalam ‘ menjatuhkan ‘ Islam oleh golongan anti-islam ( laknatullah ) pada penghujung zaman ini kian meruncing umpama ‘ cendawan tumbuh selepas hujan ‘. Atas nama kebebasan bersuara, golongan ini ‘ sesuka hati membuta tuli ‘ mengekspresi kritikan dan kutukan secara ‘ terbuka ‘ terhadap Islam terutama terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan al-Quran al-Karim biarpun dikecam hebat oleh penduduk dunia.

Read the rest of this entry »

Comments (1) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.